Rukun Sembahyang





Rukun Solat

Rukun solat ada 13:
1. Niat.
2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam
13. Tertib.


Huraian rukun solat:

1. Niat:

niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:





Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala
 



 

Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya).
Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat.
Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.
Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.
Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.
Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.
Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.
Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."
Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).
Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."
Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).
Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".


2. Takbiratul-Ihram,

 iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain.
Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.



Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir "Laa-Ilaha-Illallah."

3. Berdiri

 bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.


4. Membaca al-Fatihah:

 pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah.

5. Rukuk,

 berserta tama'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti.



Doa tasbih ketika rukuk ialah:




"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."
 
6. Iktidal:
 Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tama'ninah.

Doa tasbih ketika iktidal ialah:





"Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya."
Kemudian disambung pula dengan bacaan:




"Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."

7. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Anggota sujud ada 7:
      1. Dahi
      2. Dua tapak tangan
      3. Dua lutut
      4. Dua perut jari kaki


Doa ketika sujud ialah:




"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"
 
 
8. Duduk antara dua sujud berserta tama'ninah
 
Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama-lamakan.
 
 
Doa tasbih ketika sujud ialah:

"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku."
 
 
9. Tahiyyat/Tasyahud akhir.
 
 Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut:


"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia."
nota: ungkapan "sayyidina" di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan.

10. Duduk ketika tahiyyat akhir.
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; "Allahumma-solli 'ala Muhammad."
12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu."
13. Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah.